15:34
0

Sepasang induk muda ayam Belanda @ Piru @ Turkey jenis Bronze. Mempunyai warna asas hitam dengan kilauan coklat keemasan, ekor dan sayap berwarna coklat. Mempunyai saiz badan yang agak besar. Antara spesis tercantik yang pernah aku pelihara.

Contoh anak ayam Belanda Bronze. Usia baru 1 hari. Warna coklat kehitaman. Anak-anak ayam ni aku letak kat reban khas yang berlantaikan tanah dan beralaskan pasir. Untuk memanaskan badan anak-anak ayam ni pada waktu malam, aku pasang la sebiji lampu dengan mentol berkuasa 25watt. Makanan hariannya pulak aku bagi dedak GoldCoin dan rumput napier yang dipotong kecil-kecil.

0 comments:

Post a Comment