11:14
0


Anak dan induk burung merpati Satinette Silver. Mempunyai keunikan paruhnya yang pendek dan antara merpati yang paling comel. Merpati jenis ini berasal dari Turkey. Antara variasi warna yang dibawa masuk ke Malaysia adalah Silver dan Blue-Bar. Namun pada hari ini, pelbagai warna dan bentuk Satinette dapat kita lihat. Kemungkinan besar warna-warna tersebut terhasil daripada kacukan dengan pelbagai jenis merpati lain, terutama yang hampir serupa dengan bentuknya seperti merpati German Owl, African Owl dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment