14:27
0

Terdapat pelbagai jenis reban burung merpati. Ada yang berlantaikan tanah dan ada yang berlantaikan jaring besi. Gambar diatas merupakan contoh reban berlantaikan jaring besi yang dibina khas untuk burung merpati yang boleh dibiarkan terbang bebas. Bersaiz 10 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Menggunakan jaring besi bersalut plastik hijau untuk tahan lama dan tak mudah berkarat. Reban ini boleh diubahsuai menjadi 1, 2, 3 atau 4 reban kecil dengan hanya meletakkan pembahagi dinding (slider) yang boleh ditarik keluar atau dimasukkan dari bahagian luar reban. Reban ini juga merupakan reban mudah alih kerana bahagian atap dan bahagian para atau kakinya dibina secara berasingan. Konsep reban seperti ini juga lebih mudah untuk diselenggarakan.


Promo


© 2014- Uniaga Aviary. Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan dan penerbitan semula artikel ini samada sebahagian atau keseluruhan, dengan atau tanpa modifikasi dan tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik adalah dilarang sama sekali.

0 comments:

Post a Comment