15:43
0

Ayam Onagadori berasal dari Jepun. Didalam bahasa Jepun, perkataan "Onaga" bermaksud "ekor panjang", manakala "dori" bermaksud "ayam". Dengan kata lain "Onagadori" bermaksud "Ayam Ekor Panjang". Kewujudan spesis ayam jenis ini dipercayai berlaku hasil kacukan ayam hutan Jepun dan ayam tempatan Jepun. Keunikan ayam Onagadori terletak pada ekornya yang panjang dan ianya boleh mencecah hampir 30 kaki bagi yang jantan dan melebihi 1 kaki bagi yang betina. Ia juga merupakan spesis burung atau mungkin juga spesis haiwan yang memiliki ekor paling panjang didunia! DiJepun, ayam Onagadori merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya.


Ayam Shiroiro Onagadori induk betina#1. Warna putih solid. Mempunyai bentuk badan yang sederhana, sayap mendatar dan kaki berwarna putih. Kelebihan utamanya terletak pada ekornya yang panjang melebihi 1 kaki. Induk betina ini mempunyai perwatakan yang tenang dan bersifat matang.

Ayam Shiroiro Onagadori induk betina#2. Mempunyai kelebihan bentuk badan yang kecil dan menarik, berkaki putih, sayap jatuh kebawah, ekor lebat tetapi tidak terlalu panjang. Sangat aktif, culas dan bersifat garang.

Ayam Onagadori Silver induk betina#1. Mempunyai perwatakan yang lebih tenang dan lebih jinak berbanding dengan 2 ekor induk betina diatas.


Ayam Shiroiro Onagadori matang berusia 6 bulan. Apa yang menariknya, si ayam Onagadori betina tu sudi la pulak menjaga anak-anak ayam Mutiara@Api-api yang aku asingkan daripada ibunya, walhal ia belum pernah bertelur dan mempunyai anak sendiri. Tak tau la pulak aku macam mana anak-anak ayam tu "convince" dia untuk menjadi ibu angkat mereka atau pun si ibu ayam tu "kautim" anak-anak ayam tu untuk menjadi anak angkatnya. Mungkin jugak atas faktor belas kasihan atau sekadar untuk mendapat pengalaman menjadi ibu mithali terlebih dahulu. Kadang-kadang dia bagi makan anak-anak ayam Mutiara tu dan membiarkan anak-anak ayam tu memanaskan badan dibawah perutnya seolah-olah anak-anak ayam tu anaknya sendiri. Kira ada sifat keibuan jugak la ayam Onaga ni rupanya - mengalahkan sesetengah manusia! Dok gitu! Walau bagaimanapun, ayam Onaga betina ni hanya menjaga anak-anak angkatnya itu pada waktu siang sahaja. Pada sebelah malam, ia akan membiarkan anak-anak ayam tu tidur dibawah dan dia pulak tidur bertenggek diatas dahan kayu yang aku sediakan didalam reban. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah jugak anak-anak ayam tu merasai kasih sayang daripada seekor ibu!

Anak ayam Shiroiro Onagadori berusia 1.5 bulan.

!This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.

0 comments:

Post a Comment