13:02
0

Ayam Black Rosecomb Bantam @ Ayam Bantam British. Berat sekitar 500-600g (saiz ayam Kapan @ Katik). Berasal dari United Kingdom. Antara spesis ayam bantam asli tertua didunia. Warna hitam berkilat. Mempunyai balung yang berbentuk seperti bunga ros dengan kon yang tajam pada bahagian belakangnya. Hyperaktif, bergaya, suka berinteraksi dan boleh mengeluarkan pelbagai bunyi yang unik serta sangat jinak. Ayam yang jantan juga mempunyai sifat pelindung terhadap pasangan betinanya terutama sekali bilamana pasangannya sedang mengeram. Sekiranya saya cuba mengganggu pasangannya yang sedang mengeram dan pasangannya mengeluarkan bunyi isyarat yang ianya sedang diganggu, yang jantan ini akan segera mendekati dan cuba menyerang pada bahagian kaki saya secara pukul curi sambil mengeluarkan bunyi seolah-olah bermaksud "Jangan kacau bini aku.. nahas engkau!". Anak-anak ayam jenis ini juga mudah dijinakkan dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis anak-anak ayam yang lain walaupun berlainan usia. Ia juga suka dibelai dan amat mengenali tuannya. Ayam jenis ini memang unik dan merupakan antara ayam paling menarik yang pernah saya pelihara.


Black Rosecomb Chicks.

0 comments:

Post a Comment