12:12
0

Ayam Kampung Putih @ Malaysian common domestic fowl @ Malay chicken atau dalam bahasa saintifiknya Gallus domesticus. Berasal dari Malaysia. Keseluruhan warna bulu badannya adalah berwarna putih, manakala kaki dan paruhnya berwarna kuning. Mempunyai balung berwarna merah dan berbentuk seperti seketul batu tetapi ada juga yang berbentuk seperti mata gergaji. Sebahagian daripadanya ada yang tergolong didalam kategori ayam baka baik atau ayam laga/sabung (Cock Fighter). Ayam jenis ini banyak dipelihara oleh penduduk kampung diseluruh Malaysia, sebab itu ianya diberi nama ayam kampung. Harga ayam ini bermula dari beberapa ringgit sahaja dan boleh mencecah ribuan ringgit tertakluk kepada kualiti dan tujuan pemeliharaannya.

0 comments:

Post a Comment