22:29
1
Green junglefowl in Malaysia.

Ayam Hutan Hijau adalah salahsatu daripada 4 spesis ayam hutan liar yang terdapat didunia dan ia merupakan antara spesis ayam paling cantik dengan corak warna bulu yang seakan-akan burung kuang. Populasinya tertumpu dikepulauan Jawa dan pulau-pulau sekitarnya. DiIndonesia, ia juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain mengikut lokasi dan bahasa etnik diIndonesia seperti Ayam Alas (Jawa), Canghegar atau Cangehgar (Sunda) dan Ajem Allas atau Tarattah (Madura). Sebahagian nama-nama ini juga merujuk kepada ayam hutan merah. Dinegara-negara lain didunia seperti dibarat, ayam hutan hijau dikenali sebagai Green Junglefowl, Forktail, Indonesian Junglefowl, Javan Junglefowl atau Green Javanese Junglefowl. Manakala nama saintifiknya adalah Gallus varius. Keunikan ayam jenis ini terletak pada balungnya yang tidak berjeriji berwarna biru dan pada bahagian gelember dibawah dagunya pula berwarna-warni yang terdiri daripada warna biru, merah, kuning dan putih bagi yang jantan dewasa. Corak bulu badannya juga berwarna-warni dengan bulu pada bahagian belakang leher sehingga kepertengahan badannya bercorak seperti sisik ikan yang kelihatan hampir menyamai dengan sejenis burung kuang. Manakala warna bulu badan bagi yang betina dewasa adalah hijau kecoklatan dengan gandingan warna hitam disamping corak yang berbentuk bar pada bahagian sayapnya. Warna kakinya pula adalah putih. Suara dan bunyi kokokannya juga sangat berbeza dengan ayam hutan merah atau ayam tempatan yang lain. Sebagaimana spesis ayam hutan liar yang lain, ayam hutan hijau juga agak sukar untuk hidup dan membiak didalam kurungan selain sukar untuk dijinakkan. Hanya mereka yang berpengalaman dan memiliki kemahiran tertentu sahaja boleh menjinakkan ayam hutan hijau ini. Harga pasarannya pula adalah berbeza mengikut usia, tahap kejinakan, keadaan fizikal, lokasi dan budibicara pemiliknya. DiIndonesia, Ayam hutan hijau asli yang dikacukkan dengan ayam hutan merah atau ayam kampung tempatan dipanggil ayam Bekisar. 

Ayam hutan spesis Gallus varius ini merupakan satwa atau hidupan liar yang tidak dilindungi samada diIndonesia, Malaysia atau mana-mana negara didunia, setidak-tidaknya sehingga artikel ini dikemaskini (February 2017). Berikut adalah maklumat pemuliharaan bagi spesis ayam hutan hijau.

Nama Inggeris: Green Junglefowl.

Nama Saintifik: Gallus varius.

Status IUCN: Kurang membimbangkan. (www.iucnredlist.org)

Status CITES: Tidak tersenarai (checklist.cites.org).

Status Pemuliharaan DiIndonesia: Tidak dilindungi (Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nomor 7 Tahun 1999). - Lampiran senarai hidupan liar yang dilindungi.

Status Pemuliharaan DiMalaysia: Tidak dilindungi (Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010). - Yang dilindungi adalah ayam Hutan Merah@Gallus gallus dan ayam Hutan Kelabu@Gallus sonneratii.

Ayam Hutan Hijau jantan.

Ayam Hutan Hijau betina.

A trio of Green Junglefowl.

A young cockerel of Green Junglefowl.


Promo


1 comments:

  1. Very informative.Terimah kasih atas maklumat ini.

    ReplyDelete