12:20
0

A pair of Mallard Ducks.

Itik Mallard tempatan (Anas platyrhynchos domesticus). DiMalaysia, ia dikenali sebagai itik Melewar, itik Kepala Hijau, itik Kampung atau itik Air. Berbanding itik Mallard liar (Anas platyrhynchos), itik jenis ini tidak berhijrah dan boleh dipelihara dikawasan rumah secara terbuka. Kebanyakkan daripada itik jenis ini juga dipercayai telah mengalami beberapa proses kacukan dengan pelbagai jenis itik yang lain seperti itik Hitam, itik Pedaging, itik Penelur atau itik tempatan yang lain. Terdapat juga penternak yang menjadikannya sebagai itik penelur. Jantina bagi anak itik jenis ini juga agak sukar untuk ditentukan terutama sekali yang berusia dibawah 3 bulan. Bagi yang jantan dewasa, warna kepalanya adalah hijau dengan kolar putih pada bahagian tengkuknya, manakala warna paruh dan kakinya adalah kuning. Badannya pula berwarna kelabu pudar dibahagian perut, coklat kemerahan dibahagian dada, kelabu-coklat dibahagian sayap dan hitam dibahagian belakang serta ekornya. Yang betina dewasa mempunyai warna badan coklat keperangan dengan corak kurik. Paruh dan kakinya pula berwarna oren kehitaman. Terdapat juga jalur hitam yang merintangi matanya. Kedua-duanya mempunyai warna biru purple pada bahagian sayap masing-masing.

Itik jenis ini juga mudah dijaga, pembersih dan boleh membiak sepanjang tahun. Kemampuan bertelurnya adalah melebihi 10 biji sepusingan, manakala proses pengeramannya pula akan mengambil masa selama 26 hari. Ia juga mampu bertelur secara berterusan sekiranya telur-telurnya dirampas samada untuk dijadikan telur asin@masin atau diram menggunakan inkubator, itik serati, angsa, ayam belanda atau ayam kampung. Walaubagaimanapun, penggunaan inkubator bagi proses pengeraman tidak digalakkan bagi mengelak penghasilan keturunan yang tidak pandai bertelur didalam sarang yang disediakan atau tidak pandai mengeram telur-telurnya. Anak-anak itik Mallard yang ditetaskan secara semulajadi adalah jauh lebih baik dan sering mendapat permintaan yang lebih tinggi daripada peminat-peminat itik Mallard berbanding anak-anak itik yang ditetaskan oleh inkubator, walaupun harganya mungkin lebih mahal. Untuk makluman anda semua, memelihara itik Mallard liar @ asli tanpa lesen yang sah adalah salah disisi undang-undang dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.


Queen of the flocks - very noisy.


Drake.

Ducklings.

0 comments:

Post a Comment