23:08
2

A pair of Barred Blue Racing Homer Pigeon

Burung merpati Racing Homer merupakan sejenis burung merpati yang dibiak khusus untuk perlumbaan. Juga dikenali sebagai merpati pos kerana dahulunya ia digunakan untuk menghantar mesej ke sesuatu destinasi yang telah ditetapkan. Sehingga sekarang ini, ia masih lagi digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan penghantaran maklumat. Merpati jenis ini mempunyai keupayaan untuk terbang melebihi jarak 1500 kilometer tanpa henti. Manakala kelajuan puratanya adalah sekitar 80 kilometer sejam dan boleh mencapai sehingga melebihi 120 kilometer sejam. Ia juga berkeupayaan untuk mengingati dan balik semula ke lokasi rebannya walaupun berada pada jarak yang agak jauh merentasi negeri atau sesebuah negara. Merpati jenis ini amat popular di Eropah, Canada, US, Brazil, Pakistan, India, Jepun, China, Taiwan, Korea, Filipina, Indonesia dan negara-negara lain. Taiwan merupakan negara yang paling banyak menganjurkan pertandingan lumba burung merpati dan terbesar didunia. Gambar yang tertera diatas adalah induk import yang dibawa masuk ke Malaysia dari Taiwan.

2 comments:

  1. salam Bro. awk ada ubat untk merpati ? leher berpusing 3 ikor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, penyakit leher berpusing (sampar@new castle disease) ni sukar utk diubati. Sebaik2nya sembelih kasi buang je sbb penyakit ni pn mudah berjangkit kat burung2 lain. Cara pengcegahannya bg vaksin sampar. Petua rawatan pulak ada mcm2 seperti bg kunyit hidup, cili api, jagung dicampur dgn minyak tanah dan pelbagai lg. Info lanjut lihat artikel yg bertajuk "Tips & Petua Merawat Penyakit Burung".

      Delete