22:59
4

Burung Puling @ Blue Rumped Parrot adalah sejenis burung Kakaktua yang terdapat diMalaysia. Ia juga dikenali sebagai burung Serindit Gajah atau Bayan Tanau. Habitatnya adalah dikawasan hutan yang berbukit rendah. Burung jenis ini juga suka berkeliaran dikawasan ladang-ladang kelapa sawit tertentu untuk mencari makanan kegemarannya iaitu buah kelapa sawit yang sedang masak ranum. Ia juga gemar memakan buah-buahan hutan seperti petai, jering, berangan dan lain-lain lagi. Manakala bagi burung Puling yang dipelihara didalam kurungan, pemilik kebiasaannya akan memberi makanan yang berbentuk biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kuaci, sekoi, jagung, kacang hijau, betik, pisang, buah kelapa, jambu batu, lobak merah, cili, timun dan sebagainya. Ia juga gemar memakan kulit-kulit kayu terutamanya daripada pokok-pokok herba. Jantina burung jenis ini agak mudah untuk ditentukan ketika ianya telah matang yang mana bagi yang jantan, bulu dibahagian kepala dan belakang punggungnya berwarna biru, manakala yang betina berwarna hijau. Paruh dibahagian atas bagi yang jantan adalah berwarna merah, manakala yang betina berwarna hitam. Tempoh matang bagi burung jenis ini pula adalah sekitar usia 1-2 tahun. Manakala kemampuan bertelurnya adalah sekitar 5 biji sepusingan. Sebagaimana burung jenis Kakaktua yang lain, burung Puling juga membuat sarang didalam lubang yang terdapat pada pokok-pokok yang besar dan tinggi. Bagi burung Puling liar yang ditangkap didalam hutan dan dipelihara didalam sangkar mungkin agak sukar untuk dibiakkan. Walaubagaimanapun, burung jenis ini mudah menerima makanan yang diberikan dan boleh hidup didalam kurungan yang disediakan. Burung Puling yang liar juga agak pemalu dan enggan berkicauan, tidak sepertimana burung Puling yang telah dijinakkan atau yang dibiakkan didalam kurungan.

Untuk makluman anda semua, burung Puling termasuk daripada salah satu jenis burung yang hampir diancam kepupusan. Justeru itu, memburu, memelihara dan menjual-beli burung jenis ini adalah salah disisi undang-undang Malaysia dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Jabatan Perhilitan juga tidak mengeluarkan sebarang jenis lesen yang berkaitan dengan spesis burung ini. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memohon permit khas yang lazimnya diberikan kepada pihak zoo, universiti, taman burung @ aviary dan pihak-pihak tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.


4 comments:

  1. Good info......👍👍👍😁

    ReplyDelete
  2. Terbaik la bro... setakat ni blog ni yg paling lengkap tentang burung puling... saya ada seekor jantan pelihara dari anak... mahu lepaskan kembali ke hutan... untuk bro2 di luar sana jgn lah cuba atau memiliki species ini..kerana takut nanti pupus terus... pelihara lah flora dan fauna malaysia kita...

    ReplyDelete
  3. Mcm mana membezakan jantan betina

    ReplyDelete
  4. Dari segi warna.. ada tulis kat atas tu.

    ReplyDelete