11:26
0

Reban burung berkonsepkan "open outdoor aviary" bersaiz 12ft x 5ft x 5ft (tidak termasuk bahagian konkrit) ini diperbuat daripada besi L berlubang yang lazimnya digunakan untuk membuat rak. Harga besi jenis ini juga agak mahal sedikit berbanding besi berpetak yang berongga. Manakala jaring yang digunakan adalah dawai besi yang bersalut plastik hijau. Rangka dan jaringnya dipasang dengan menggunakan skru & nut dan tidak memerlukan pateri (welding). Bahagian bawahnya pula diperbuat daripada konkrit setinggi 1.5ft, menjadikan tinggi keseluruhan reban adalah 6.5ft. Manakala bahagian atasnya dipasangkan jaring sahaja dan tidak dipasangkan atap kecuali dibahagian tempat burung tidur & makan. Ianya bertujuan agar suasananya lebih semulajadi yang mana air hujan dan cahaya matahari dapat memasukinya kedalam reban. Bahagian lantainya pula diperbuat daripada konkrit dan dialaskan dengan pasir. Sebahagian lantainya juga ditanam dengan rumput karpet. Ruang dalamannya pula dihiasi dengan sejenis pokok yang batangnya seakan-akan seperti tali atau akar yang menjalar untuk dijadikan para sebagai tempat burung bertenggek. Manakala bahagian luaran dihiasi dengan sejenis pokok yang menjalar dengan daun yang lebat bertujuan untuk menutup ruang atas reban tersebut. Ia akan menjadikan suhu dalaman reban lebih sejuk terutamanya ketika cuaca panas. Ianya dibina khusus untuk kegunaan burung-burung daripada spesis kakaktua yang dipelihara secara komuniti. Ia juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis burung dan haiwan yang bersaiz kecil termasuk ayam, arnab, kucing, rama-rama, ular dan sebagainya.

Reban jenis ini amat sesuai digunakan oleh mereka yang tidak tinggal secara tetap disuatu tempat kerana ianya boleh dibuka dan dipasang semula. Ia juga lebih ringan berbanding reban yang diperbuat daripada besi berongga atau kayu. Walaubagaimanapun, pemasangan reban jenis ini agak cerewet dan memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 orang tenaga kerja.


Reban burung untuk dijual (Birds aviary for sale).
Kepada yang berminat untuk menempah reban seperti yang dinyatakan diatas, boleh hubungi saya melalui talian yang tertera pada laman "Contact Us". Harga mengikut spesifikasi reban yang diinginkan. Penghantaran keseluruh Semenanjung Malaysia boleh diuruskan.

© 2015 Uniaga Aviary. Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan dan penerbitan semula artikel ini samada sebahagian atau keseluruhan, dengan atau tanpa modifikasi dan tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik adalah dilarang sama sekali.

0 comments:

Post a Comment