13:04
0

Crested Wood Partridge.

Puyuh Sengayan (Rollulus rouloul) merupakan sejenis burung puyuh hutan yang terdapat diMalaysia. Ia juga dikenali sebagai burung Siul Jambul kerana terdapat jambul lurus yang lebat pada bahagian kepala yang jantan, manakala yang betina hanya memiliki jambul yang pendek dan hampir tidak kelihatan. Saiz badannya jauh lebih besar berbanding dengan Puyuh Tanah dan lebih besar sedikit berbanding dengan Puyuh Pedaging/Penelur. Yang jantan memiliki bulu badan dengan gandingan warna biru purple dan merah, manakala yang betina memiliki warna coklat. Dari segi pembiakan, yang betina mampu mengeluarkan telur sekitar 5-6 biji bagi setiap pusingan. Antara diet pemakanannya adalah biji-bijian, buah-buahan, serangga, rumput dan sebagainya. Kebiasaannya burung puyuh jenis ini boleh didapati dikawasan hutan disekitar bukit atau pergunungan terutamanya dibahagian tengah Semenanjung Malaysia. Burung puyuh jenis ini juga merupakan spesis haiwan yang diancam kepupusan. Justeru itu, ianya termasuk didalam senarai haiwan-haiwan yang dilindungi diMalaysia. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk memburu, menjual-beli atau memiliki spesis burung puyuh jenis ini, sila dapatkan kebenaran daripada Jabatan Perhilitan terlebih dahulu.


0 comments:

Post a Comment