10:44
0

Silver pheasant cock (Lophura nycthemera).

Asal-usul
Burung Kuang Silver liar boleh didapati dibeberapa kawasan hutan dinegara-negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Vietnam, Laos, China dll. Spesis yang terdapat diselatan negara China dipercayai memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding spesis yang yang terdapat dinegara-negara Asia yang lain. Kebanyakan burung kuang Silver yang terdapat diMalaysia adalah berasal dari negara China atau yang dibawa masuk dari Thailand.

Pembiakan
Kebiasaannya burung kuang Silver hidup secara poligami iaitu seekor yang jantan boleh memiliki beberapa ekor pasangan betina. Kuang yang jantan juga lebih bersifat territory dan sangat agresif terhadap pejantan yang lain sekiranya ditempatkan didalam sangkar yang sama terutama sekali ketika musim mengawan. Manakala tempoh matang bagi burung kuang Silver adalah sekitar usia 2 tahun. Lazimnya kuang yang betina akan membuat sarang diatas tanah dan mampu mengeluarkan telur sekitar 6-12 biji semusim. Sekiranya telur-telur tersebut dirampas, kapasiti pengeluaran telurnya boleh mencecah sehingga 20 biji atau lebih semusim bergantung kepada tahap kesuburan, pemakanan, kesihatan dan faktor-faktor lain. Manakala proses pengeramannya pula akan mengambil masa selama kira-kira 4 minggu. Kebiasaannya musim membiak bagi burung kuang Silver adalah sekitar bulan Mac hingga bulan May setiap tahun bergantung pada geografi setempat.

Pemakanan
Lazimnya burung Kuang Silver mencari makanan diatas tanah. Diet pemakanannya pula adalah terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, serangga dan haiwan kecil. Ia juga boleh menerima pelbagai jenis makanan lain termasuk dedak ayam, hampas kelapa, sisa makanan manusia seperti nasi, mee dan sebagainya.

Status Pemuliharaan
Spesis burung kuang ini tidak tersenarai sebagai haiwan yang diancam kepupusan. Justeru itu, ianya boleh dipelihara dan diperdagangkan oleh mana-mana pihak tanpa memerlukan lesen atau kelulusan daripada Jabatan Perhilitan atau CITES.

Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.

0 comments:

Post a Comment