22:11
0
Blacklisted Pet Dealers.

Mana-mana peniaga haiwan hiasan khususnya pembeli & penjual unggas seperti burung, ayam, itik dan angsa yang didapati melakukan kesalahan seperti menipu, mencuri atau menyalahgunakan harta intelek milik orang lain atau melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh pihak Uniaga Aviary sepertimana yang terkandung didalam syarat-syarat penggunaan website ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran syarat-syarat perkongsian gambar-gambar milik Uniaga Aviary, penyalahgunaan harta intelek pihak ketiga, penipuan urusniaga, jenayah siber atau mana-mana kesalahan dibawah mana-mana akta perundangan Malaysia atau antarabangsa samada yang mempunyai kaitan secara langsung dengan perniagaan yang dijalankan oleh pihak Uniaga Aviary atau pun tidak, akan disenarai-hitamkan. Mereka yang disenarai-hitamkan juga mungkin akan menghadapi tindakan undang-undang.

Bagi mereka yang disenarai-hitamkan disini dan belum menghadapi tindakan undang-undang, boleh memohon untuk dikeluarkan daripada penyenaraian. Penalti berbentuk kewangan dan bersyarat mungkin akan dikenakan bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan yang dilakukan. Bagi kes yang dalam proses perundangan, sebarang cadangan untuk penyelesaian diluar mahkamah tidak akan dilayan.

Sekiranya nama atau maklumat anda tersenarai disini dan percaya bahawa maklumat yang tertera adalah tidak benar samasekali, anda boleh menghubungi pihak pentadbiran Uniaga Aviary untuk tindakan lanjut. Anda juga perlu mengemukakan bukti-bukti kukuh untuk menyangkal dakwaan yang telah dibuat.

Mana-mana pembeli atau penjual unggas yang ingin membuat sebarang aduan boleh menghubungi pihak Uniaga Aviary dengan disertakan bukti-bukti yang berkaitan. Aduan juga boleh dibuat sekiranya terdapat mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan harta intelek milik Uniaga Aviary.

PENIAGA UNGGAS Yang Disenarai-hitamkan:

Nama: Ayie (Penjual ayam bantam)
No. Tel: 0145062561 & 0177914420
Lokasi: Kuala Lumpur, Others??? Beliau juga menggunakan beberapa negeri lain didalam iklan-iklannya diMudah.my dengan nama daerah sebagai "Others".

Tarikh Kesalahan dilakukan: 25/9/15 9:02AM.

Jenis Kesalahan: Mencuri, mengubah dan menggunakan gambar milik Uniaga Aviary untuk tujuan komersial tanpa kebenaran oleh pihak Uniaga Aviary dengan menyiarkan 1 iklan dilaman web Mudah.my. Url iklan (jika masih wujud): http://www.mudah.my/Anak+ayam+batik-40687748.htm.
Gambar asal tersebut boleh dilihat pada pos yang bertajuk "Ayam Bantam Sebright UNTUK DIJUAL".

Bukti:

Gambar pertama menunjukkan gambar milik Uniaga Aviary yang telah dimodifikasi, manakala gambar kedua adalah gambar asal yang terdapat dilaman web ini.

Peruntukan undang-undang terpakai: Akta Hakcipta 1987. Sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM2'000 dan tidak melebihi RM20'000 bagi setiap kesalahan dan/atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun.

Ulasan: Adalah tidak wajar bagi mana-mana penjual menggunakan gambar milik orang lain untuk menipu dan memperdaya bakal pembeli. Bahkan kalau dilihat anak ayam yang tertera didalam gambar pertama pada iklan tersebut (sekiranya masih ada lagi) mungkin berusia 2-3 minggu dan bukanlah berusia 1 bulan seperti yang didakwanya. Terdapat juga gandingan warna putih dan kuning pada anak ayam tersebut yang berkemungkinan adalah hasil kacukan antara ayam bantam Silver Sebright dengan Gold Sebright atau ayam-ayam daripada jenis yang lain atau mungkin juga daripada baka yang berkualiti rendah. Gambar kedua sepatutnya diletakkan gambar induknya, bukan gambar milik orang lain, apatah lagi yang dicuri dari sumber internet. Ini menunjukkan penjual tersebut tidak merasa yakin dengan kualiti ayam yang hendak dijualnya itu. Lebih teruk lagi sekiranya anak ayam yang dikatakan hendak dijualnya itu tidak wujud samasekali. Para peminat haiwan hiasan diingatkan agar tidak berurusan dengan mereka yang seperti ini terutama sekali bilamana anda ingin membuat urusan secara online. Jangan sampai duit lesap, barang pun tak dapat. Pastikan kredibiliti seseorang penjual sebelum anda berurusan dengannya.

Tindakan penyenaraian ini dibuat setelah penjual anak ayam batik tersebut gagal memadamkan iklan terbabit dan tidak memberi sebarang maklumbalas setelah lebih 24jam notis dihantar kepadanya melalui sms. Justeru itu, memang padan la dengan muka dia! Atas dasar prikemanusiaan dan semangat perniagaan sesama insan, hanya sebahagian kecil sahaja maklumat berkenaan beliau dipaparkan. Walaubagaimanapun, pihak kami juga tidak akan teragak-agak untuk menyiarkan maklumat-maklumat beliau yang lain termasuk nama sebenar dan gambarnya sekali sekiranya tiada tindakan susulan yang diambil termasuk gagal menghubungi pihak kami untuk mencari jalan penyelesaian.

Semua syarat-syarat & peraturan penggunaan website ini telah dinyatakan di ruangan "Legal Notice". Bagi yang tak tahu Bahasa Inggeris, boleh gunakan "Google Translate" untuk terjemahan ke bahasa yang anda fahami. Kalau tak reti bahasa jugak, tanya kat sapa-sapa yang reti atau hubungi pihak Uniaga Aviary.

Promo


0 comments:

Post a Comment