21:27
0

Lemon Mille Fleur D'Uccle Cockeral.

Juga dikenali sebagai Belgian Bearded D'Uccle. Ayam jenis ini merupakan salahsatu daripada spesis ayam bantam hybrid yang berasal dari bandar Uccle, Belgium. Ianya dihasilkan pada abad ke-20 oleh Michel van Gelder melalui proses kacukan diantara ayam Sabelpoot @ Dutch Booted bantam dan Barbu D'Anvers bantam. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada ayam jenis ini adalah seperti memiliki saiz badan yang kecil & montel, struktur bulu badan yang lembut, ada bulu misai & janggut dibahagian mukanya, bulu paha & bulu kakinya yang panjang dan memiliki balung berbentuk jeriji berwarna merah. Terdapat pelbagai variasi atau corak warna ayam jenis ini. Antaranya adalah mille fleur, biru (slate & self blue), lavender, porcelain, mottled, barred@cockoo, silver, partridge, buff, putih, hitam, kelabu, dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun, variasi Mille Fleur merupakan yang paling sinonim dengan ayam jenis ini dan sangat popular dikalangan peminat-peminat ayam d'Uccle diseluruh dunia. "Mille Fleur" adalah bahasa Perancis yang didalam bahasa Melayu bermaksud "ribuan bunga" atau "bunga yang banyak". Ianya merujuk kepada corak tompokan warna yang terdapat pada keseluruhan bulu badannya. Ayam jenis ini memiliki perwatakan yang aktif dan mudah untuk dijinakkan.

Orange Mille Fleur D'Uccle Cockeral.

Mille Fleur D'Uccle Pullet.

Mille Fleur D'Uccle Chicks.

White D'Uccle Pullet.

D'uccle Roosters & Hens.

0 comments:

Post a Comment