17:03
0
Ayam Kapan Mata Hitam.

Ayam Kapan@Katik merupakan salahsatu spesis ayam yang berasal dari Malaysia. Ianya tergolong dikalangan ayam-ayam yang bersaiz kecil@bantam dengan berat badan ketika dewasa sekitar 500-800g. Sekiranya berat badan maksima ayam tersebut kurang daripada 500g, ianya lebih dikenali sebagai ayam Serama. Berbanding ayam Serama, ayam Kapan lazimnya memiliki bentuk badan yang lebih panjang dan mendatar yakni kurang mendada, berkaki pendek yangmana kelihatan tidak seimbang dengan saiz badannya dan juga memiliki jeriji balung yang agak besar. Kebanyakan ayam Kapan memiliki kaki berwarna kuning, manakala balung, cuping telinga dan keseluruhan mukanya berwarna merah. Walaubagaimanapun, terdapat juga ayam Kapan yang mempunyai kaki berwarna putih atau hitam. Ayam Kapan juga memiliki pelbagai jenis corak warna dan tidak khusus kepada warna tertentu sahaja.

Ayam Kapan cukup popular pada era tahun 70'an, 80'an dan awal 90'an dan ia juga banyak dipelihara oleh penduduk kampung sebagai haiwan hiasan. Selepas mencecah ketahun kedua millennium, populasi ayam Kapan telah merudum dengan drastik sekali dan hampir pupus gara-gara ramai peminat beralih kepada ayam Serama yang kelihatan lebih fotogenik dan menawan. Ayam Kapan juga merupakan spesis ayam kedua paling kecil diMalaysia manakala ayam Serama adalah yang paling kecil didunia. Mungkin atas faktor ini jugalah yang menyebabkan tumpuan banyak diberikan kepada ayam Serama berbanding ayam Kapan. Atas kesedaran daripada sebahagian peminat yang tidak mahu spesis ayam Kapan ini menjadi pupus ditanahair sendiri, maka wujud satu usaha untuk membiak dan menambahkan lagi bilangan ayam Kapan agar ianya dapat dilihat, disentuh dan dibelai oleh generasi-generasi yang akan datang. Mudah-mudahan usaha murni mereka itu dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Ayam Kapan Merah Darah Telinga Putih.

Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.

0 comments:

Post a Comment