12:53
0
Ayam Ratu Rinting anak muda.

Ayam Ratu merupakan sejenis ayam sabung yang berasal dari negara Thailand dan telah berkembang-biak diMalaysia. Pada awalnya ia dipelihara untuk tujuan pertandingan laga ayam namun semenjak kebelakangan ini, ia mula digunakan sebagai haiwan hiasan dan dipertandingkan diantara pemilik-pemilik ayam ratu bagi merebut kejuaraan sebagai ayam sabung paling cantik, sama sepertimana pertandingan ratu cantik bagi gadis-gadis jelita. Dengan sebab itulah ayam ini diberi gelaran sebagai Ayam Ratu. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai spesis atau variasi ayam ratu. Antara yang paling popular adalah ayam ratu Leung Hang Khao (LHK), Keaw Lao Hang Khao, Pradu Lao Hang Khao, Tao Hang Khao, Lai Hang Khao, Pradu Hang Dam, Thong Dang Hang Dam, Nok Daeng, Nok Krot, Gai She dan pelbagai lagi. Kesemua nama-nama tersebut adalah dalam bahasa Thailand@Siam yang merujuk kepada ciri-ciri atau warna yang terdapat pada bulu badan ayam-ayam tersebut. Berat badan bagi yang jantan dewasa pada umumnya boleh mencecah sekitar 3-4kg atau lebih.

Jantan muda.

Induk dari Thailand.

0 comments:

Post a Comment