11:33
0

Burung merpati Chinese Owl baka asli. Berasal dari negara Spanyol. Bentuk badannya kelihatan seakan-akan seperti sejenis burung hantu yang berasal dari negara China. Mempunyai bulu balik yang tebal di bahagian dada, berdada bidang dan memiliki paruh yang agak pendek. Matanya bersaiz kecil, bulat dan berwarna putih kekuningan. Pandangan matanya juga sangat tajam dan liar. Kakinya pula agak kecil, pendek dan berwarna merah. Ianya termasuk dalam kategori burung merpati yang bersaiz kecil, unik dan comel. Merpati jenis ini juga mudah membiak, pandai menjaga anak dan boleh menghasilkan anak berpasangan jantan dan betina secara konsisten. Ia juga mempunyai daya ketahanan melawan penyakit yang agak tinggi dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca diMalaysia. Selain daripada itu, ia juga sangat culas dan sukar untuk ditangkap berbanding merpati jenis lain. Untuk tahun 2013, harga pasaran semasa bagi anak muda merpati jenis ini di Malaysia adalah sekitar RM250 sepasang bagi baka import dan RM150 sepasang bagi baka tempatan/kacukan. Gambar pertama adalah induk jantan, gambar kedua yang berwarna putih adalah induk betina manakala gambar ketiga dan keempat adalah anaknya.

Merpati Chinese Owl Induk#2 yang merupakan generasi pertama @ anak daripada induk import (gambar ke-2).


Anak burung merpati Chinese Owl berusia hampir 2 minggu.

0 comments:

Post a Comment