Penyakit Hawar
Penyakit demam panas, selsema, batuk, muka bengkak dan penyakit mata merupakan sejenis penyakit hawar yang lazimnya berlaku secara serentak atau secara berperingkat yang mana kebiasaannya berlaku sekali dalam setahun ketika perubahan cuaca antara musim panas dan musim hujan berlaku. Penyakit ini juga mudah berjangkit dan boleh menyerang keseluruhan ternakan yang ada didalam reban dan boleh membawa maut. Sebahagian ternakan juga mungkin boleh mengalami kerosakan sistem saraf seperti kelumpuhan pada kaki, leher atau keseluruhan badannya dan sekiranya terjadi sampai keperingkat ini, pelupusan mungkin adalah langkah terbaik bagi anda. *Gambar pertama diatas menunjukkan seekor ayam hutan yang terkena penyakit sampar tahap kronik sehinggakan keseluruhan badannya menjadi lumpuh, manakala gambar kedua adalah seekor burung merpati yang mengalami gejala leher berpusing.
Cara Rawatan:
Pemberian ubat antibiotik adalah langkah yang paling popular dan disarankan oleh Jabatan Veterinar. Walaubagaimanapun, keberkesanan ubat antibiotik tersebut selalunya bergantung kepada daya immuniti seseekor burung atau ayam. Penggunaan dos yang berlebihan atau kekerapan penggunaannya juga akan menyebabkan virus jahat yang ada didalam badan burung tersebut menjadi kebal dan seterusnya menjadikan penyakit tersebut tidak jua sembuh. Justeru itu penggunaan ubat antibiotik yang lebih berkesan perlu digunakan. Anda juga boleh menggunakan kaedah lain seperti pemberian ubat yang berasaskan herba seperti yang tertera didalam gambar ketiga diatas. Ubat ini hanya diberikan sekali atau dua kali sahaja dan penyakit hawar tersebut lazimnya boleh sembuh dengan kadar yang lebih cepat.
Disamping itu, terdapat juga petua yang menggunakan kunyit hidup dan cili api. Cara yang pernah saya gunakan untuk merawat seekor anak ayam hutan berusia sekitar 2-3 bulan yang terkena penyakit sampar adalah dengan mengambil seketul kunyit hidup kira-kira sebesar hujung jari kelingking (diketuk), sebiji cili api merah dan sebiji cili jambu Jepun (pedasnya memang tak terhingga - lagi pedas daripada cili api), kemudian disuapkan kedalam mulut ayam tersebut sehingga ditelannya. Dalam masa yang sama, ayam tersebut dijemur dibawah panas terik cahaya matahari kira-kira 1 jam yang sebaik-baiknya dilakukan pada waktu tengahari tanpa disediakan makanan dan minuman. Memang menggelupur la ayam tu akibat kepedasan dan ditambah lagi dengan panas terik cahaya matahari sehinggakan airliur/lendir meleleh keluar daripada hidung dan mulutnya. Cara ni memang nampak zalim sedikit tapi tujuannya adalah untuk merawat dan membunuh kuman yang terdapat didalam badannya kerana kuman sememangnya boleh mati jika didedahkan dalam suhu yang tinggi akibat dehidrasi. Walaubagaimanapun, saya hanya melakukan sekali sahaja dan pada hari berikutnya saya hanya menyuapkan kunyit hidup sahaja. Selepas beberapa hari berlalu, ayam tersebut menjadi semakin sembuh dan pulih sepenuhnya dalam masa kurang daripada 1 minggu. Untuk makluman anda semua, petua ini merupakan ekperimen atau percubaan pertama saya setelah rawatan menggunakan pelbagai jenis ubat antibiotik dan vitamin termasuk juga ubat hawar yang tertera didalam gambar diatas menemui jalan buntu, bahkan ayam tersebut juga telah pun divaksin beberapa hari sebelum penyakit sampar menghinggapinya dan ia juga merupakan ayam terakhir yang dijangkiti penyakit sampar manakala ayam-ayam lain yang menerima nasib yang sama sebelumnya gagal diselamatkan dan kesemuanya samada mati sendiri atau disembelih lalu dilupuskan. Justeru itu, saya tidak berapa pasti samada petua ini boleh digunapakai keatas unggas-unggas lain atau pun tidak, namun anda boleh mencubanya.
Cara Pencegahan:
Semua ternakan perlulah diberikan vaksin dari peringkat awal lagi. Tujuannya adalah untuk memperkuatkan daya antibodi burung tersebut. Vaksin burung kebiasaannya boleh bertahan didalam badan burung untuk tempoh 6 bulan. Walaubagaimanapun, pemberian vaksin bukanlah jaminan mutlak yang burung anda tidak akan dihinggapi sebarang jenis penyakit. Selain daripada itu, pemberian vitamin dan mineral yang mencukupi juga adalah penting bagi meningkatkan daya ketahanan melawan penyakit bagi ternakan anda. Reban juga perlulah dibersihkan dan disemburkan dengan ubat pembasmi kuman secara berkala.
Cara Rawatan
Antara jenis rawatan yang boleh digunakan adalah dengan memberi ubat puru yang boleh didapati dari mana-mana kedai burung. Ubat ini (lihat gambar pertama diatas) diberikan kepada burung atau ayam dengan cara menyuapkannya dengan menggunakan alat penyuap ubat yang boleh dibeli di kedai-kedai farmasi atau klinik. Ubat ini berharga hanya RM5 sahaja sebotol. Jumlah dos yang digunakan adalah sebanyak 5ml atau 1 tudung botol ubat tersebut dan diberikan 1 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. Selepas 1-2 minggu, puru-puru tersebut akan menjadi hitam dan luruh dengan sendirinya. Ada juga ubat puru yang berbentuk losyen berharga RM50 sebotol dan digunakan dengan cara menyapukannya pada bahagian ketumbuhan tersebut. Penggunaan iodin juga mungkin boleh digunakan.
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan ubat penyakit kulit kegunaan manusia (lihat gambar kedua diatas) yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti cekam kaki dan sebagainya. Ubat ini sangat mujarab dan saya sendiri pernah menggunakannya keatas seekor burung merpati yang mengidap penyakit puru yang sangat kronik sehinggakan kedua-dua belah matanya tertutup rapat dan menjadi buta selama sebulan. Walaubagaimanapun, burung tersebut masih mampu makan dan minum dengan cara mengagak lokasi bekas makanan dan minuman yang terdapat didalam reban. Dah pelbagai jenis ubat dan petua saya gunakan termasuk menggunakan minyak silinder terpakai, minyak masak terpakai, minyak gamat dan sebagainya, namun penyakit puru tersebut tidak jua sembuh sehinggakan saya hampir berputus asa untuk merawatnya dan berserah pada takdir. Entah macamana, suatu hari tu datang pulak idea untuk menggunakan ubat yang tertera didalam gambar diatas tu. Sebelum menyapu ubat tu, saya bedah dahulu dan membuang bahagian puru yang melekat pada mata burung tersebut. Proses tu berlanjutan selama beberapa hari sehingga ketumbuhan tu hilang sepenuhnya. Selepas lebih kurang 1 minggu, penyakit puru tersebut berjaya dipulihkan dan burung merpati tu pun dah boleh melihat kembali.
Langkah Pencegahan
Antara langkah pencegahan bagi menghalang burung-burung daripada terkena gigitan nyamuk adalah dengan membina reban dengan menggunakan jaring bersaiz halus seperti jaring hijau, kelambu dan sebagainya. Elak mendirikan reban dikawasan yang lembab dan pastikan tiada air yang bertakung dikawasan sekitar reban. Pemberian vitamin secara berkala juga dapat meningkatkan daya ketahanan burung terhadap sebarang jenis serangan penyakit.
Cara Rawatan
Penyakit ini boleh dirawat dengan memberikan ubat Piperazine Ciltrate yang dicampurkan dengan air minuman. Ubat ini bertindak dengan membunuh cacing-cacing yang berada didalam perut mangsa. Ianya berbentuk seperti serbuk garam halus dan hanya berharga sekitar RM4 sepeket.
Langkah Pencegahan
Pastikan reban dibersihkan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Elakkan burung daripada memijak tanah dengan membina reban yang berlantaikan jaring dan pastikan juga tiada makanan yang terkena najis yang mana mungkin akan dimakan pula oleh burung tersebut. Bekas untuk menyimpan makanan mestilah sentiasa tertutup rapat dan sebaik-baiknya gunalah tong plastik yang kedap udara. Jangan sesekali meletakkan guni yang mengandungi makanan diatas tanah. Bekas makanan juga mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Makanan yang diberikan pula seelok-eloknya dalam kuantiti yang boleh dihabiskan dengan segera dan tiada baki yang tertinggal kerana makanan yang tidak dihabiskan mungkin akan tercemar dengan kehadiran lalat, lipas, tikus dan sebagainya.
Cara Rawatan
Asing atau kuarantinkan burung yang terkena penyakit tersebut. Berikan air minuman yang bercampur dengan antibiotik dan vitamin serta boleh juga diletakkan sedikit garam kedalam air minuman tersebut. Pelbagaikan jenis makanannya dan lebihkan makanan yang paling disukainya, sebaik-baiknya berilah kacang hijau. Sediakan air mandian yang bersih. Pastikan burung boleh bergerak bebas dan menerima cahaya matahari terutama diwaktu pagi. Perhatikan gejala penyakit lain jika ada dan rawati penyakit tersebut dengan segera.
Langkah Pencegahan
Pastikan reban yang digunakan adalah bersesuaian dengan burung yang dipelihara dan tidak terlalu sempit atau padat. Cuba penuhi keperluan asas burung tersebut seperti makanan yang seimbang, vitamin, air minuman yang bersih, air mandian, cahaya matahari, ruang yang secukupnya untuk terbang, pasangan yang sesuai dan sebagainya. Motifnya adalah agar burung tersebut berasa selesa, selamat dan ceria, sekalipun berada didalam sangkar.
Cara Rawatan
Gunakan ubat anti serangga berasaskan herba seperti yang tertera didalam gambar diatas. Kegunaan utamanya adalah untuk menghalau serangga dan haiwan kecil seperti semut, nyamuk, lipas, kutu, hama, lalat, cicak dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai pembasmi kuman dan penyahbau. Harganya sekitar RM15 sebotol 500ml. Kebiasaannya ubat jenis ini dijual dikedai-kedai haiwan peliharaan atau pasaraya. Ianya tidak beracun dan selamat digunakan serta tidak memberi kesan sampingan kepada burung. Satu lagi cara adalah dengan menggunakan racun pembasmi serangga seperti Ridsect dan sebagainya. Walaubagaimanapun cara ini mungkin boleh menyebabkan burung tersebut mengalami keracunan. Antara gejalanya adalah burung kelihatan seperti pening kepala dan tidak berupaya untuk mengimbangi badannya dengan betul. Sekiranya terjadi demikian, anda bolehlah menyuapkan air dan biarkan burung tersebut mengalami cirit-birit. Cara ini kebiasaannya tidak mendatangkan maut pada burung tersebut dan ianya akan kembali normal selepas beberapa jam. Penggunaan air garam juga mungkin boleh digunakan.
Langkah Pencegahan
Pastikan burung sentiasa dimandikan dan didedahkan pada cahaya matahari. Seelok-eloknya binalah reban dengan jaring yang halus. Penyemburan ubat pembasmi serangga pada reban juga boleh dilakukan dengan berkala. Pastikan juga burung-burung yang ingin dibeli tidak mempunyai sebarang parasit agar tidak menjangkiti burung-burung yang sediada.
Cara Rawatan
Antara cara rawatan untuk menghilangkan bau najis yang busuk adalah dengan menyemburkannya dengan bahan penyahbau atau boleh juga menggunakan cecair penyental seperti klorox. Cara lainnya ialah dengan mencuci reban setiap hari atau sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu.
Langkah Pencegahan
Bau najis burung boleh dielakkan atau dikurangkan dengan menentukan:
1. Jarak lokasi reban yang lebih jauh daripada rumah kediaman.
2. Kedudukan reban dengan rumah kediaman tidak berada sehaluan dengan arah angin bertiup (kebiasaannya angin bertiup dari arah matahari naik atau jatuh, bergantung kepada geografi setempat).
3. Bahagian reban yang menempatkan najis mestilah ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan hembusan daripada angin yang bertiup.
4. Reban yang menggunakan lantai diatas tanah perlulah dialaskan dengan habuk gergaji, pasir atau pun sekam padi dan pastikan ianya sentiasa kering. Elakkannya daripada terkena tempias air hujan.
5. Bagi yang memelihara angsa/itik, kandang angsa atau itik seelok-eloknya ditempatkan diatas tanah yang sedikit curam atau berbukit. Cara ini boleh membersihkan najis-najis angsa secara semulajadi dan juga boleh mengelakkan lumpur najis ketika air hujan turun.

Penyakit Puru
Penyakit Puru merupakan sejenis penyakit barah yang disebabkan oleh sejenis virus yang menular melalui gigitan nyamuk. Ianya terjadi dengan terbentuknya satu ketumbuhan berwarna kekuningan dibahagian luaran dan dibahagian dalamnya berwarna putih. Kebiasaannya ia akan menyerang pada kaki, paruh, kelopak mata dan juga badan anak-anak burung atau ayam yang masih kecil dan yang mempunyai kurang daya ketahanan melawan penyakit. Pada peringkat awal, penyakit ini boleh dirawat dengan mudah namun sekiranya penyakit ini telah merebak kedalam rongga pernafasan atau bahagian dalaman mata, ianya agak sukar untuk diubati dan boleh membawa maut kepada mangsa.Cara Rawatan
Antara jenis rawatan yang boleh digunakan adalah dengan memberi ubat puru yang boleh didapati dari mana-mana kedai burung. Ubat ini (lihat gambar pertama diatas) diberikan kepada burung atau ayam dengan cara menyuapkannya dengan menggunakan alat penyuap ubat yang boleh dibeli di kedai-kedai farmasi atau klinik. Ubat ini berharga hanya RM5 sahaja sebotol. Jumlah dos yang digunakan adalah sebanyak 5ml atau 1 tudung botol ubat tersebut dan diberikan 1 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. Selepas 1-2 minggu, puru-puru tersebut akan menjadi hitam dan luruh dengan sendirinya. Ada juga ubat puru yang berbentuk losyen berharga RM50 sebotol dan digunakan dengan cara menyapukannya pada bahagian ketumbuhan tersebut. Penggunaan iodin juga mungkin boleh digunakan.
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan ubat penyakit kulit kegunaan manusia (lihat gambar kedua diatas) yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti cekam kaki dan sebagainya. Ubat ini sangat mujarab dan saya sendiri pernah menggunakannya keatas seekor burung merpati yang mengidap penyakit puru yang sangat kronik sehinggakan kedua-dua belah matanya tertutup rapat dan menjadi buta selama sebulan. Walaubagaimanapun, burung tersebut masih mampu makan dan minum dengan cara mengagak lokasi bekas makanan dan minuman yang terdapat didalam reban. Dah pelbagai jenis ubat dan petua saya gunakan termasuk menggunakan minyak silinder terpakai, minyak masak terpakai, minyak gamat dan sebagainya, namun penyakit puru tersebut tidak jua sembuh sehinggakan saya hampir berputus asa untuk merawatnya dan berserah pada takdir. Entah macamana, suatu hari tu datang pulak idea untuk menggunakan ubat yang tertera didalam gambar diatas tu. Sebelum menyapu ubat tu, saya bedah dahulu dan membuang bahagian puru yang melekat pada mata burung tersebut. Proses tu berlanjutan selama beberapa hari sehingga ketumbuhan tu hilang sepenuhnya. Selepas lebih kurang 1 minggu, penyakit puru tersebut berjaya dipulihkan dan burung merpati tu pun dah boleh melihat kembali.
Langkah Pencegahan
Antara langkah pencegahan bagi menghalang burung-burung daripada terkena gigitan nyamuk adalah dengan membina reban dengan menggunakan jaring bersaiz halus seperti jaring hijau, kelambu dan sebagainya. Elak mendirikan reban dikawasan yang lembab dan pastikan tiada air yang bertakung dikawasan sekitar reban. Pemberian vitamin secara berkala juga dapat meningkatkan daya ketahanan burung terhadap sebarang jenis serangan penyakit.
Penyakit Kurus
Penyakit kurus biasanya disebabkan oleh sejenis cacing yang hidup didalam perut mangsa. Cacing-cacing ini merebak melalui makanan yang tercemar, makanan yang terkena najis, pasir dan juga tanah yang dimakan oleh burung yang menjadi mangsa. Walaupun burung yang dijangkiti penyakit ini kelihatan sihat dan kuat makan, namun saiz badannya sangat kurus dan tidak dapat membesar dengan sempurna. Ini adalah kerana zat-zat yang dimakan olehnya dimakan pula oleh cacing-cacing tersebut. Burung-burung yang terkena penyakit ini juga mempunyai daya ketahanan melawan penyakit yang lemah. Justeru itu, ianya juga mudah terdedah kepada lain-lain jenis serangan penyakit.Cara Rawatan
Penyakit ini boleh dirawat dengan memberikan ubat Piperazine Ciltrate yang dicampurkan dengan air minuman. Ubat ini bertindak dengan membunuh cacing-cacing yang berada didalam perut mangsa. Ianya berbentuk seperti serbuk garam halus dan hanya berharga sekitar RM4 sepeket.
Langkah Pencegahan
Pastikan reban dibersihkan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Elakkan burung daripada memijak tanah dengan membina reban yang berlantaikan jaring dan pastikan juga tiada makanan yang terkena najis yang mana mungkin akan dimakan pula oleh burung tersebut. Bekas untuk menyimpan makanan mestilah sentiasa tertutup rapat dan sebaik-baiknya gunalah tong plastik yang kedap udara. Jangan sesekali meletakkan guni yang mengandungi makanan diatas tanah. Bekas makanan juga mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Makanan yang diberikan pula seelok-eloknya dalam kuantiti yang boleh dihabiskan dengan segera dan tiada baki yang tertinggal kerana makanan yang tidak dihabiskan mungkin akan tercemar dengan kehadiran lalat, lipas, tikus dan sebagainya.
Penyakit Murung
Penyakit murung selalunya berlaku disebabkan tekanan, perubahan cuaca, kurangnya zat makanan, air minuman yang tercemar atau adanya gejala penyakit lain. Burung akan kelihatan sentiasa termenung, tidak aktif dan kurang berselera untuk makan.Cara Rawatan
Asing atau kuarantinkan burung yang terkena penyakit tersebut. Berikan air minuman yang bercampur dengan antibiotik dan vitamin serta boleh juga diletakkan sedikit garam kedalam air minuman tersebut. Pelbagaikan jenis makanannya dan lebihkan makanan yang paling disukainya, sebaik-baiknya berilah kacang hijau. Sediakan air mandian yang bersih. Pastikan burung boleh bergerak bebas dan menerima cahaya matahari terutama diwaktu pagi. Perhatikan gejala penyakit lain jika ada dan rawati penyakit tersebut dengan segera.
Langkah Pencegahan
Pastikan reban yang digunakan adalah bersesuaian dengan burung yang dipelihara dan tidak terlalu sempit atau padat. Cuba penuhi keperluan asas burung tersebut seperti makanan yang seimbang, vitamin, air minuman yang bersih, air mandian, cahaya matahari, ruang yang secukupnya untuk terbang, pasangan yang sesuai dan sebagainya. Motifnya adalah agar burung tersebut berasa selesa, selamat dan ceria, sekalipun berada didalam sangkar.
Masalah Parasit seperti Kutu dan Lalat burung
Kutu burung merupakan sejenis parasit yang hidup dengan memakan bulu-bulu burung yang menyebabkan bulu-bulu burung menjadi gugur, manakala lalat burung hanya hidup dicelah-celah bulu burung tetapi tidak mendatangkan bahaya kepada burung, namun boleh memberi ketidakselesaan kepada burung yang dijangkitinya. Kedua-duanya juga mudah membiak dan merebak ke burung-burung yang lain.Cara Rawatan
Gunakan ubat anti serangga berasaskan herba seperti yang tertera didalam gambar diatas. Kegunaan utamanya adalah untuk menghalau serangga dan haiwan kecil seperti semut, nyamuk, lipas, kutu, hama, lalat, cicak dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai pembasmi kuman dan penyahbau. Harganya sekitar RM15 sebotol 500ml. Kebiasaannya ubat jenis ini dijual dikedai-kedai haiwan peliharaan atau pasaraya. Ianya tidak beracun dan selamat digunakan serta tidak memberi kesan sampingan kepada burung. Satu lagi cara adalah dengan menggunakan racun pembasmi serangga seperti Ridsect dan sebagainya. Walaubagaimanapun cara ini mungkin boleh menyebabkan burung tersebut mengalami keracunan. Antara gejalanya adalah burung kelihatan seperti pening kepala dan tidak berupaya untuk mengimbangi badannya dengan betul. Sekiranya terjadi demikian, anda bolehlah menyuapkan air dan biarkan burung tersebut mengalami cirit-birit. Cara ini kebiasaannya tidak mendatangkan maut pada burung tersebut dan ianya akan kembali normal selepas beberapa jam. Penggunaan air garam juga mungkin boleh digunakan.
Langkah Pencegahan
Pastikan burung sentiasa dimandikan dan didedahkan pada cahaya matahari. Seelok-eloknya binalah reban dengan jaring yang halus. Penyemburan ubat pembasmi serangga pada reban juga boleh dilakukan dengan berkala. Pastikan juga burung-burung yang ingin dibeli tidak mempunyai sebarang parasit agar tidak menjangkiti burung-burung yang sediada.
Masalah Bau Busuk
Bau najis burung bergantung kepada jenis burung yang dipelihara dan pemakanannya. Makanan yang berunsur daripada sumber haiwan seperti dedak pedaging akan mengeluarkan bau najis yang lebih busuk berbanding makanan yang berasaskan bijian seperti padi, sekoi, jagung dan sebagainya. Begitu juga dengan kuantiti, saiz dan tahap pemakanan burung, ianya juga akan menyumbang kepada jumlah najis yang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan bau yang busuk. Bau najis daripada induk burung yang sedang mengeram atau yang mempunyai anak yang baru menetas juga amat busuk.Cara Rawatan
Antara cara rawatan untuk menghilangkan bau najis yang busuk adalah dengan menyemburkannya dengan bahan penyahbau atau boleh juga menggunakan cecair penyental seperti klorox. Cara lainnya ialah dengan mencuci reban setiap hari atau sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu.
Langkah Pencegahan
Bau najis burung boleh dielakkan atau dikurangkan dengan menentukan:
1. Jarak lokasi reban yang lebih jauh daripada rumah kediaman.
2. Kedudukan reban dengan rumah kediaman tidak berada sehaluan dengan arah angin bertiup (kebiasaannya angin bertiup dari arah matahari naik atau jatuh, bergantung kepada geografi setempat).
3. Bahagian reban yang menempatkan najis mestilah ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan hembusan daripada angin yang bertiup.
4. Reban yang menggunakan lantai diatas tanah perlulah dialaskan dengan habuk gergaji, pasir atau pun sekam padi dan pastikan ianya sentiasa kering. Elakkannya daripada terkena tempias air hujan.
5. Bagi yang memelihara angsa/itik, kandang angsa atau itik seelok-eloknya ditempatkan diatas tanah yang sedikit curam atau berbukit. Cara ini boleh membersihkan najis-najis angsa secara semulajadi dan juga boleh mengelakkan lumpur najis ketika air hujan turun.
*Tips merawat dan petua yang tertera didalam artikel ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam memelihara haiwan hiasan. Hanya wabak penyakit yang pernah dihadapi oleh penulis sahaja dipaparkan.
Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.
© 2013- Uniaga Aviary. Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan dan penerbitan semula artikel ini samada sebahagian atau keseluruhan, dengan atau tanpa modifikasi dan tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik adalah dilarang sama sekali.
Kat mane blh dptkan ubat puru ni siapa tahu dimana jual atau ada pm saya urgent.tq
ReplyDeletebro bolrh guna minyak masak yg telah digunakan terbaik minyak masak goreng ikan sapu saja di tempat puru akan jatuh dalanm masa 7 hari
DeleteBiasa ada jual kat kedai burung @ petshop.
DeleteSaya pun Nak Tahu....jika ada tolong mints jasa baik rakan2 Jual ke saya ubat puru ni...0173446959
ReplyDeleteAyam mengalami kemurungan mcm mna nk ubat ye
ReplyDeleteAda byk punca yg menyebabkan kemurungan.. Sakit, demam, kurang vitamin, keracunan makanan, kecederaan luaran/dalaman dll. Cari puncanya dahulu pastu baru bg ubat yg sesuai. Kalo dh xpasti tu, blh cuba bg ubat antibiotik.. Ni pun ada byk jenisnya.
Delete