21:58
0

Burung Punai Tanah (Emerald Dove) yang pernah aku pelihara. Burung ini diperolehi secara tidak sengaja ketika menahan jerat ayam hutan. Bulu badannya berwarna hijau-coklat keemasan dan sangat menarik. Mempunyai warna putih pada bahagian mukanya dan warna yang jantan adalah lebih menyerlah berbanding yang betina. Kebiasaannya burung jenis ini mencari makanan yang terdapat diatas tanah seperti biji-biji rumput, padi, sekoi, buah kelapa sawit, isirong kelapa sawit dan sebagainya. Reban atau sangkarnya pula perlu berada diatas tanah kerana ianya tidak suka berada diatas jaring. Burung jenis ini juga amat pandai mencari peluang untuk melepaskan diri dari dalam sangkar. Antaranya ada yang terlepas keluar ketika aku membuka pintu reban untuk memberi makanannya, ada yang disembelih untuk merasai keenakkan dagingnya.. memang sedap! dan selebihnya dilepaskan kehabitat asalnya sebab dah penat nak ketuk buah dan isirong kelapa sawit yang menjadi makanan kegemarannya. Lagi pun lesen memeliharanya pula sangat mahal. Untuk makluman anda semua, burung punai tanah adalah haiwan yang dilindungi diMalaysia dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar dan Taman Negara 2010.

0 comments:

Post a Comment