11:06
0

Ayam Api-api @ Mutiara Vulture atau didalam bahasa Inggeris disebut Vulturine Guineafowl (Acryllium vulturinum) merupakan salahsatu spesis ayam Mutiara paling eksotik didunia. Ianya berasal dari bahagian timur-utara benua Afrika seperti di Ethiopia, Kenya dan Tanzania. Keunikannya terletak pada bahagian leher dan kepalanya yang seakan-akan seperti sejenis burung pemakan bangkai iaitu burung Vulture atau dalam bahasa Malaysia disebut burung Nasar. Ayam Mutiara jenis ini juga memiliki saiz badan yang lebih besar dengan ketinggian melebihi 2 kaki dan memiliki corak warna yang sangat menarik berbanding spesis-spesis ayam Mutiara yang lain. Bulu dibahagian dadanya berwarna biru, kulit leher dan kepalanya juga berwarna biru, manakala warna asas badannya berwarna hitam dengan bintik-bintik dan jalur-jalur yang berwarna putih. Ia juga memiliki bulu ekor dan bulu leher yang lebih panjang serta tiada sebarang tanduk dikepalanya. Perbezaan jantinanya juga agak sukar untuk ditentukan. Kewujudan ayam Mutiara Vulture mula direkodkan pada sekitar tahun 1800. Memandangkan bentuknya yang sangat berbeza dengan ayam-ayam Mutiara yang lain, adakah kemungkinan yang spesis ayam Mutiara tersebut telah mengalami proses kacukan dengan spesis burung Nasar atau spesis burung yang lain?

*IUCN Convention Status: Least concern.

*Ayam Mutiara Vulturine untuk dijual. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki ayam jenis ini, sila hubungi ditalian yang tertera pada laman "Contact Us".

0 comments:

Post a Comment