11:40
0

Ayam Hutan Denak#1 (1.2kg) - Sold.

Ayam Hutan Kacukan @ Malaysian Red Junglefowl cross-bred. Baka kacukan antara ayam Hutan Merah Malaysia dan ayam tempatan Malaysia @ ayam kampung. Ciri-cirinya adalah hampir sama dengan ayam hutan asli namun saiz badannya lebih besar sedikit daripada ayam hutan asli dan lebih kecil sedikit daripada ayam kampung. "Denak" atau juga dikenali sebagai "Pikat" bermaksud ayam yang digunakan sebagai umpan bagi menjerat ayam hutan liar. Kebiasaannya para pemburu ayam hutan liar akan menggunakan spesis ayam hutan denak ini untuk memanggil dan menjerat ayam hutan liar, manakala jerat yang sering digunakan adalah daripada jenis racik, jerat sepak, jerat pijak dan sebagainya. Ayam denak ini akan diletakkan dikawasan yang sering dikunjungi ayam hutan liar dengan memperhatikan tanda-tanda cakaran pada tanah, bunyi kokokan, najis dan sebagainya. Disekitar kawasan ayam denak tersebut juga akan dipasangkan jerat. Denak yang baik akan sentiasa berkokok dan bersahutan dengan ayam hutan liar. Ayam hutan liar yang merasakan ada penceroboh dikawasan jajahannya akan datang kearah ayam hutan denak tersebut dan akan memberi cabaran. Ayam hutan liar yang termakan umpan dan bersedia untuk beradu tenaga akan terkena jerat yang dipasangkan sebaik sahaja menghampiri atau semasa proses berlaga dengan ayam hutan denak tersebut.

CIRI-CIRI AYAM HUTAN DENAK YANG BAIK
Antara ciri-ciri yang perlu ada pada ayam hutan denak adalah seperti memiliki saiz badan yang kecil atau hampir sama dengan ayam hutan liar dengan berat badan sekitar 600-1200g, berusia muda, jinak, rajin berkokok dengan suara yang seiras dengan ayam hutan liar dan juga pandai memikat atau mengacah untuk berlawan. Denak juga mestilah tidak terlalu garang kerana denak yang sangat garang akan menyebabkan ayam hutan liar takut untuk mendekatinya dan mungkin juga akan lari bertempiaran.


Ayam Hutan Denak#2 (800g) - Sold.


Video Ayam Hutan Denak#2.


Ayam Hutan Denak#3 (700g) - Sold.

0 comments:

Post a Comment