13:01
0

Angsa-angsa aku tengah mandi didalam kolam. Aku bagi dia mandi kat kolam ketika cuaca panas sahaja. Seronok jugak tengok aksi dia ketika berada didalam air, ada yang suka menyelam lama-lama, berenang dengan perut keatas dan bermacam-macam gaya lagi. Apa yang peliknya, angsa aku ni hanya mengawan ketika berada didalam air sahaja. Bab makanan, aku bagi dia makan dedak GoldCoin, dedak 3102, jagung madu, hampas kelapa, rumput napier, daun pisang dan juga sisa makanan daripada dapur.

0 comments:

Post a Comment