14:46
0
Itik Cherry Valley merupakan sejenis itik pedaging yang diimport dari United Kingdom. Berbanding itik pedaging daripada jenis Pekin, Rouen, Aylesbury atau Muscovy (itik nila @ serati), itik pedaging Cherry Valley mampu mencecah berat melebihi 3kg dalam masa hanya 45 hari sahaja. Selain daripada itu, daging itik daripada jenis ini juga tidak berbau sebagaimana itik-itik biasa. Justeru itu, permintaan terhadap daging itik Cherry Valley sangat tinggi dikalangan pengusaha-pengusaha restoran, hotel, katering dan penggemar-penggemar masakan daging itik.

Fakta Daging Itik

Daging itik mengandungi kira-kira 20% kandungan protin dan 1-2% kandungan lemak. Manakala daging ayam mengandungi kira-kira 19% kandungan protin dan 4-5% kandungan lemak. Kandungan kolestrol didalam daging itik juga adalah lebih rendah berbanding dengan daging ayam.

Industri Penternakan Itik Pedaging

Industri penternakan itik pedaging mempunyai potensi yang amat tinggi untuk diterokai. Selain daripada kosnya yang lebih murah, penjagaannya juga adalah lebih mudah berbanding penternakan ayam daging. Itik pedaging juga mempunyai daya ketahanan melawan penyakit yang sangat tinggi dan mempunyai peratusan kematian yang sangat rendah iaitu pada sekitar 1-3% sahaja. Walaubagaimana pun jumlah penyertaan penternak-penternak itik pedaging secara komersial adalah masih rendah khususnya dari kalangan kaum bumiputra.

Pasaran Daging Itik

Selain daripada pasaran tempatan, Malaysia juga merupakan salah satu daripada negara-negara pengeksport daging itik terbesar didunia. Antara pasaran utamanya adalah Singapura, Jepun, Hongkong, China, negara-negara Timur Tengah dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment