07:27
1
Sepasang induk burung Puyuh Putih @ Japonica Coturnix Quail yang berasal dari negara Jepun. Bulu badannya berwarna putih solid dan saiznya agak kecil sedikit berbanding puyuh pedaging atau penelur. Puyuh ni aku beli kat sebuah ladang ternakan puyuh pedaging komersial secara tidak dirancang. Pada mulanya aku hanya nak beli puyuh pedaging biasa sahaja, ntah macamana ternampak la pulak puyuh putih tu, apa lagi aku sambar je la. Pulak tu, dalam beribu-ribu ekor burung puyuh yang ada kat ladang tu, hanya 2 ekor tu je yang berwarna putih.. anak muda lagi. Bila dah besar baru la aku tau yang 2 ekor tu rupa-rupanya sepasang.. jantan dan betina. Saiz yang jantannya lebih besar daripada yang betina.

1 comments:

  1. Saya pun ada sekor, tak sengaja bela. Saya penjual daging puyuh, satu hari tu ternampak sekor yg putih memang kali pertama jumpa. Sangat jarang.

    ReplyDelete