11:52
0
Berasal dari Malaysia, burung Sintar Merah atau dalam bahasa saintifiknya Rallina eurizonoides merupakan spesis burung yang seakan-akan sama seperti burung ruak-ruak tetapi saiznya adalah lebih kecil dan ianya mempunyai corak warna yang lebih menarik. Warnanya juga seakan-akan sama seperti warna sejenis burung Belatuk. Kebiasaannya burung jenis ini mencari makanan pada waktu malam dan ianya mudah didapati dikawasan belukar. Untuk pengetahuan anda semua, memburu, memelihara dan memperniagakan sebarang jenis burung Sintar tanpa lesen yang sah adalah salah disisi undang-undang. Sila rujuk ke Jabatan Perhilitan negeri masing-masing untuk maklumat lanjut berkenaan perlesenan.

0 comments:

Post a Comment