17:04
0

A male of Gambel's Quail.

Burung puyuh Gambel (callipepla gambelii) merupakan antara spesis burung puyuh paling cantik didunia. Ianya berasal dari Amerika. Burung puyuh jenis ini mempunyai bulu badan dengan corak warna yang agak menarik dan juga mempunyai jambul dibahagian kepalanya. Warna yang jantan adalah lebih menyerlah berbanding dengan yang betina. Habitatnya adalah dikawasan belukar dan hutan terbuka. Selain berkeliaran diatas tanah sepertimana burung-burung puyuh yang lain, spesis burung puyuh jenis ini juga gemar bertenggek diatas dahan-dahan pokok kayu yang rendah. Makanannya pula terdiri daripada bijian, serangga, rumput dan sebagainya. Bagi burung yang dipelihara didalam sangkar, pemilik kebiasaannya memberi makan dedak ayam, dedak puyuh komersial, sekoi, jagung dan lain-lain. Dari segi pembiakannya pula, burung puyuh Gambel betina mampu mengeluarkan telur sekitar 12 biji sepusingan. Selain daripada itu, paras rupa burung puyuh jenis ini juga hampir menyamai dengan burung puyuh California (callipepla californica) yang juga berasal dari Amerika.


A female of Gambel's Quail.

*Lesen tidak diperlukan untuk memelihara burung puyuh jenis ini.


0 comments:

Post a Comment