12:07
1

Ayam Kurik (Malay Barred chicken) merupakan sejenis ayam Kampung yang telah lama berkembang-biak diMalaysia. Namanya diambil sempena corak warna yang terdapat pada badannya. Hanya terdapat 2 warna yang asli bagi ayam jenis ini iaitu kelabu (biru kekelabuan) dan merah (kelabu-merah). Bentuk badan, raut wajah dan ekor yang jantan agak berbeza berbanding dengan ayam kampung biasa atau ayam laga. Lazimnya bentuk ekor yang jantan adalah lebih mendatar dan tidak terlalu melengkung sepertimana kebanyakan spesis ayam-ayam kampung yang lain. Pada asalnya ayam jenis ini hanya memiliki balung yang berbentuk jeriji, namun terdapat juga ayam Kurik yang memiliki balung berbentuk batu dipercayai terhasil daripada kacukan antara spesis ayam laga. Bentuk badannya juga adalah lebih mendatar dan tidaklah segagah atau sekacak ayam laga. Ia juga mempunyai perwatakan yang lebih lembut dan tidak sesuai untuk dijadikan ayam laga.

Ayam yang tertera didalam gambar diatas diperolehi daripada seorang penduduk kampung dari Hulu Terengganu yang hanya memelihara ayam jenis Kurik. Menurut pemilik asalnya yang dah berstatus pencen, ayam-ayam Kurik yang dipelihara olehnya adalah hasil peninggalan nenek moyangnya dari generasi ke generasi tanpa ada kacukan antara spesis ayam kampung yang lain. Sebenarnya dah lama jugak saya mencari ayam jenis ini, kira masuk kampung keluar kampung la jugak tapi tak menjumpai baka yang sesuai kerana kebanyakannya telah terkacuk dengan ayam kampung biasa atau ayam laga. Tu pun saya terjumpa ayam Kurik milik pakcik tu secara tidak sengaja. Mungkin dah nak jadi rezeki saya agaknya. Kali pertama tengok ayam Kuriknya tu, hati terus terpikat.. cantik dan berbeza dengan ayam-ayam Kurik yang pernah saya lihat sebelumnya. 3 kali pergi kerumahnya, baru dapat berjumpa dengan pemiliknya. Memang ada banyak ayam Kurik kat rumahnya. Jadi saya mintak beli ayam Kuriknya tu tapi dia tak nak jual la pulak. Katanya memang dah ramai yang mintak beli tapi dia tak jual. Jadi saya tukar strategi dengan berkenalan lebih rapat dengannya. Sembang punya sembang, rupa-rupanya orang rumahnya memang kawan baik mak saudara saya. Jadi bila dah kenal ni, mudah la sikit nak berurusan. Hasil pertemuan dengan pakcik tu, saya berjaya memperoleh 5 ekor ayam Kurik yang dah dewasa dengan 1 jantan dan 4 betina.. memang berbaloi. Maka tertunailah hajat saya yang tertanam semenjak dari kecil lagi untuk memiliki spesis ayam Kurik ni. Jadi kepada sesiapa yang juga berminat untuk memiliki ayam jenis ini, bolehlah menghubungi saya melalui telefon atau whatsapp (nombor ada pada laman Contact Us). Terima kasih.


Sepasang anak ayam Kurik usia 1 bulan.

Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.

1 comments:

  1. Tuan,
    Klau ank ayam kurik berusia sminggu cmna rpanya?..

    ReplyDelete