23:29
2
Normal Grey Cockatiel.

Burung Cockatiel (Nymphicus hollandicus) merupakan salahsatu daripada spesis burung kakaktua. Ianya termasuk sub-spesis yang paling kecil daripada keluarga Cockatoo. Dinegara asalnya Australia, burung jenis ini termasuk spesis burung yang dilindungi dan sebarang aktiviti eksport kenegara luar tidak dibenarkan. Sebelum undang-undang tersebut dikuatkuasakan oleh kerajaan Australia, banyak spesis burung ini telah pun dieksport keseluruh pelusuk dunia kerana mendapat permintaan yang tinggi dipasaran antarabangsa. Popularitinya menjadikan ia sebagai spesis burung kakaktua kedua paling popular selepas burung Budgie.

Berbeza dengan spesis burung kakaktua yang lain yangmana kebanyakannya memiliki pelbagai bunyi suara dan pandai menyanyi, burung jenis ini hanya pandai bersiul yang bunyinya seakan-akan tiupan wisel. Selain daripada itu, ia juga agak sukar untuk dilatih bercakap atau meniru kata-kata manusia. Hanya sebahagian kecil sahaja yang telah berjaya dilatih oleh pemiliknya untuk berkata-kata tetapi tidaklah sebaik spesis burung kakaktua yang lain seperti Congo African Grey, Macaw atau Crested Cockatoo. Saiz badannya adalah sederhana besar yakni lebih kurang sama saiz dengan jenis burung kakaktua daripada spesis Sun Conure. Dibahagian kepalanya pula ditumbuhi bulu panjang atau jambul (crest) yang boleh ditegakkan atau dilenturkan. Burung jenis ini juga lebih mudah dijinakkan dan sangat mengenali tuannya berbanding spesis burung Budgie terutamanya jika ia dipelihara semenjak dari kecil lagi atau lebih dikenali sebagai anak suap (handfeed).

Terdapat pelbagai variasi bagi burung jenis ini dan variasi-variasi ini dinamakan mengikut corak warna yang terdapat pada bulu badannya. Antaranya termasuklah Normal Grey, Pearl, Pied, Albino, Lutino, Whiteface, Cinnamon dan pelbagai lagi variasi hasil daripada kacukan diantara sesamanya atau lebih dikenali sebagai baka Mutation. Normal Grey adalah variasi yang paling popular dan merupakan warna asal yang terdapat pada spesis liar bagi burung jenis ini.

Lutino Cockatiel.

DiMalaysia, burung Cockatiel juga dikenali sebagai Cocktail, Cocktiel, Cockteil, Tiel dan pelbagai lagi nama lain yang dipercayai berpunca daripada kesilapan sebutan dan ejaan. Manakala harga pasaran bagi tahun 2016 pula adalah sekitar RM150-300 seekor dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sepasang bergantung kepada usia, jenis mutasi dan tahap kejinakan.

Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.


2 comments: