13:06
0

A pair of 2 month old Black Breasted Red Ohiki.

Ayam Ohiki Bantam merupakan sejenis ayam yang bersaiz kecil, berkaki pendek dan memiliki ekor yang panjang sekitar 1 meter atau lebih. Ianya berasal dari negara Jepun dan dipercayai terhasil daripada proses kacukan diantara ayam Onagadori dan Chabo, dan mungkin juga daripada spesis ayam-ayam yang lain. Struktur bulunya adalah lembut dan yang jantan memiliki ekor yang lebat dan panjang, manakala yang betina memiliki ekor yang pendek dan melengkung kebawah yang kelihatan seakan-akan sama sepertimana ekor ayam daripada jenis Mini Cochin. Warna kakinya adalah hijau muda, manakala balungnya pula berbentuk jeriji berwarna merah. Selain daripada itu, ia juga memiliki cuping telinga berwarna putih. Terdapat pelbagai variasi bagi ayam jenis ini dan yang paling sinonim dengannya adalah variasi Black Breasted Red (merah), Black Breasted Silver (silver), Solid White (putih), Gold (emas) dan bermacam-macam lagi warna yang menarik.

Memelihara ayam jenis ini memerlukan perhatian yang khusus terutamanya bagi anak-anak ayam yang masih kecil berusia dibawah 1 bulan kerana daya antibodinya yang agak lemah berbanding anak-anak ayam tempatan yang lain. Walaubagaimanapun, anak-anak ayam jenis ini sangat aktif, suka bermain sesamanya dan mudah untuk dijinakkan serta boleh dipegang dan dibelai pada bila-bila masa. Ianya merupakan antara koleksi peribadi saya yang paling mencuit hati dan paling berbaloi untuk dimiliki.

Kepada penduduk Malaysia yang juga berminat untuk memiliki ayam jenis ini atau sedang mencari ayam Ohiki yang untuk dijual, bolehlah menghubungi saya melalui talian yang tertera pada laman "Contact Us".

Anak-anak ayam Ohiki Merah berusia 1-2 bulan.

Anak ayam Ohiki Merah berusia 2-3 bulan.

Ayam Ohiki remaja berusia sekitar 4 bulan.

Ayam Ohiki pra-matang berusia sekitar 6 bulan.

Ayam Ohiki Merah matang.

Induk ayam Ohiki Merah.

0 comments:

Post a Comment