15:28
2

Ayam Hutan Maroon merupakan spesis ayam hutan kacukan yang bermutu tinggi dan paling unik pernah dihasilkan. Ia adalah keturunan Ayam Hutan Merah Malaysia yang disilangkan dengan Ayam Baka Baik @ Ayam Laga/Sabung (cock fighter). Selain daripada saiz badannya yang kecil seberat 900gram, bulu badannya juga berwarna merah pekat @ maroon berkilat dan tidak kekuningan sebagaimana ayam hutan kacukan yang lain. Keunikannya terletak pada bahagian kakinya yang berwarna merah kehitaman @ maroon berkilat dan kedua-dua belah cuping telinganya bersaiz besar berwarna putih kekuningan sepenuhnya, manakala raut wajahnya juga sangat menarik dengan bahagian luaran matanya dilingkari warna hitam seolah-olah dipakaikan celak. Selain daripada itu, ia juga memiliki ciri-ciri dalaman sebagai ayam laga. Atas faktor saiz ayam laga dan ayam hutan asli yang jauh berbeza, proses bagi penghasilan ayam ini juga telah mengambil masa yang agak lama sehingga mencecah beberapa tahun dan generasi sebelum berjaya memperoleh rupa bentuk yang ideal sepertimana yang ada pada hari ini. Tambahan pula, dalam ratusan ekor yang telah dibiakkan, hanya seekor sahaja yang menjadi sepertimana yang anda lihat didalam gambar diatas. Manakala yang betinanya pula mempunyai warna yang agak terang sedikit dengan bentuk badan dan gaya yang lebih menarik berbanding ayam hutan yang asli. Berat badannya pula mencecah 700 gram dan mampu bertelur sekitar 6-7 biji sepusingan. Suaranya pula adalah sama sepertimana ayam hutan yang asli.


Induk Ayam Hutan Maroon.


Anak Ayam Hutan Maroon usia 1 bulan.


Anak ayam Hutan Maroon usia 1 hari.
A, B & C = Hutan Maroon Bakawadi.
D & E = Hutan Maroon biasa.


English Version: A Brief Information of Maroon Junglefowl.


Maroon Bakawadi - female, 2 month++.


Maroon Bakawadi. Male, 3 month++.


Maroon Bakawadi. Male, 4 month++.


Maroon Bakawadi. Male, 5 month++.


Old version Maroon Cockerel. Age 6 month.


Maroon Bakawadi Cockerel. Age 6 month.


Maroon Bakawadi Cockerel. Age 8 month.

This type of Malaysian Red Junglefowl is highly recommended for anyone who loves to keep it as a pet. The bird is easy to tame and can be raised in open area. It's also available for export as it does not listed in Endangered Wildlife Species list, unlike their relative - a protected wild Red Junglefowl.

Facts of Maroon Junglefowl:

  • The plumage color of a Rooster is maroon with black color on their chest, tail and lower part of the body. While hen is lite or dark green. Currently we have developing a new version of hens that has also possess a maroon plumage color.
  • The Rooster's tail is similar to the Cockfighter's tail.
  • The ear lobe of a Rooster is big with a solid color of yellowish white.
  • The eye lid is surrounded by a tick of black color.
  • The leg is shining greyish black color. While the new generation which is known as Maroon Bakawadi junglefowl possess a maroon color of their legs and they are more desirable and quite expensive.
  • Weight is less than 1kg.
  • Hen is able to produce eggs around 6-7 pieces per turn and do brooding.
  • Incubation period is between 19-21 days.
  • Hatching capability is up to 100%.
  • High resistant to common bird disease.
  • Ability to tolerate in hot or cold weather conditions.
  • Ability to keeps in captivity or open area.
  • Ability to feed any chicken's food including foods for human consumption.
  • Taming process is much easier than wild junglefowl.
  • Rooster is a strong fighter and will fight with any other rooster even a larger Cock Fighter.
  • Suitable to use as a live bait or locally called "Denak" @ "Pikat" for attracting wild junglefowl.
  • Overall body shape is unique and differ from other common cross-bred junglefowl.


Size comparison between a Maroon junglefowl rooster and a Malay fowl hen.

Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.


© 2013- Uniaga Aviary. Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan dan penerbitan semula artikel ini samada sebahagian atau keseluruhan, dengan atau tanpa modifikasi dan tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik adalah dilarang sama sekali.

2 comments:

  1. Salam...ada lagi tak ayam hutan maron ni?berminat lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh hubungi saya terus ditalian yg tertera pd laman "Contact Us" (view web version).

      Delete