10:57
0
A Mottled Cockerel & Buff Pullets.

Ayam Pekin merupakan salahsatu daripada spesis ayam bantam yang berasal dari negara China. Nama "Pekin" telah diberikan oleh orang-orang British pada masa dahulu dan ianya diambil sempena nama asal ibu negara China iaitu Peking yangmana sekarang ini lebih dikenali sebagai Beijing. Berat badan ayam ini adalah sekitar 600 gram dan kelihatan berbentuk hampir bulat serta diselubungi dengan bulu-bulu yang lebat tumbuh sehingga keseluruhan kakinya. Panjang dan ketebalan bulu-bulu tersebut menyebabkan saiz badannya kelihatan lebih besar daripada saiznya yang sebenar. Struktur badannya pula adalah berbeza berbanding satu lagi spesis ayam bantam yang hampir mirip dengannya iaitu Cochin. Cochin memiliki dua saiz yang berbeza iaitu variasi Mini dan variasi Giant, manakala Pekin hanya memiliki satu variasi sahaja. Ayam jenis ini berperwatakan jinak dan mudah dibelai, namun yang jantan dewasa juga memiliki perwatakan yang sedikit agresif bagi melindungi yang betina dan kawasannya. Terdapat pelbagai variasi warna ayam jenis ini antaranya adalah Buff, White, Black, Blue, Red, Mottled, Silver, Gold, Chocolate, Lavender, Columbian, Mille Fleur, Cuckoo, Partridge, Splash dan pelbagai lagi. Terdapat juga variasi bulu-balik (frizzled).

Anak ayam Pekin Black Mottled.

Anak ayam Pekin Red-Buff.

0 comments:

Post a Comment