15:21
3
White Junglefowl cockerel.

Ayam Hutan Putih merupakan salahsatu daripada variasi ayam hutan merah domestik (gallus-gallus domesticus) yang terdapat diMalaysia. Keseluruhan bulu badannya berwarna putih dan warna kakinya pula kebiasaannya berwarna hitam kekelabuan atau pun berwarna hijau. Ianya dipercayai berkemungkinan terhasil daripada proses kacukan diantara ayam hutan yang berwarna merah dan ayam-ayam tempatan yang lain seperti ayam kampung atau ayam kapan yang berwarna putih. Walau bagaimanapun, kacukan dengan ayam kampung kebiasaannya akan menghasilkan baka ayam hutan yang bersaiz besar dengan suara kokok yang kasar/parau dan panjang, manakala kacukan dengan ayam kapan@katik pula akan menghasilkan baka ayam hutan yang berbadan kecil, berkaki pendek dan mempunyai suara kokok yang agak halus. Justeru itu, proses kacukan atau penurunan baka ayam hutan yang berwarna putih ini lazimnya melalui proses yang agak panjang bagi menghasilkan baka dengan kualiti yang menyamai atau setidak-tidaknya hampir menyamai spesifikasi ayam hutan merah tempatan. Kadang-kadang tu pemelihara atau pemilik ayam hutan merah itu sendiri pun tidak mengetahui punca yang menyebabkan induk ayam hutan merah peliharaannya menghasilkan anak-anak ayam yang berwarna putih yang kebiasaannya dengan kuantiti 1 atau 2 ekor untuk batch tertentu dan hanya berlaku kadang-kadang sahaja atau beberapa tahun sekali. Ketidakpastian tentang asal usul penurunan baka ayam hutan yang berwarna putih tersebut mungkin disebabkan oleh proses jual beli dan perpindahan tangan diantara pemilik-pemilik atau peminat-peminat ayam hutan atau mungkin juga disebabkan kelupaan pemilik tentang generasi-generasi terdahulu yang telah menjalani proses kacukan awal samada proses kacukan tersebut disengajakan atau pun berlaku secara semulajadi yangmana tidak disedari oleh para pemilik. Apa yang pasti, kebanyakan ayam hutan yang memiliki bulu badan berwarna putih ini bukanlah termasuk dalam kategori Albino kerana kebiasaannya ia memiliki warna merah pada balungnya, kuning/hitam pada paruhnya dan juga hijau atau kelabu kehitaman pada kakinya, sedangkan unggas yang termasuk dalam kategori Albino adalah unggas yang memiliki bulu, kulit, paruh, balung dan kaki yang berwarna putih dengan mata yang berwarna merah jambu @ pink. Mengikut para ilmuan, Albino ni berpunca daripada kekurangan melanin yang membentuk warna-warna pada tubuh badan sesuatu haiwan. Nak dapat yang Albino ni memang susah sebab jarang atau mungkin juga tidak pernah berlaku pada ayam hutan bahkan pada spesis-spesis ayam yang lain skali pun. Kalo ada pun, mungkin dalam sejuta tu hanya ada seekor je tapi saya belum pernah lagi melihat ayam hutan yang jenis Albino ni. Kalau ada sesiapa yang memiliki ayam hutan putih Albino ni, bolehlah pm kat saya ya. Terima kasih.

Induk Ayam Hutan Putih jantan & betina.


Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.

3 comments:

  1. Saya ada seekor ayam hutan putih jantan

    ReplyDelete
  2. Baru sekjap tdi saya terjmpa ayam hutan jantan berwarna putih.di tngah jlan,wktu tu hjan.cuba jga nak tangkap,tpi tak dapat.

    ReplyDelete