12:27
2

Lampu@alat pemanas infrared tanpa cahaya untuk dijual. Dilengkapi dengan sangkar keselamatan. Ianya diperbuat daripada seramik dengan pemegang soket alloy bersalut crome copper. Manakala jaring sangkarnya diperbuat daripada besi bersalut tembaga. Kegunaannya adalah untuk menghasilkan haba khususnya bagi memanaskan pelbagai jenis anak-anak unggas seperti anak ayam, itik, angsa, burung puyuh, kuang, merak, parrot dan sebagainya. Juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis reptilia dan amfibia seperti ular, katak, kura-kura, iguana, gecko dll. Penggunaan mentol dengan kuasa watt yang lebih tinggi juga sesuai untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri, kibas dan sebagainya. Juga boleh digunakan untuk inkubator & brooder mengikut kesesuaian saiz dan spesifikasi. Terdapat pelbagai saiz kuasa watt antaranya 25w, 50w, 75w, 100w, 150w & 200w dengan kuasa voltage 220v-240v. Keupayaan ketahanan operasinya adalah selama 10,000 jam lebih atau kurang yangmana jauh lebih baik daripada penggunaan mentol biasa yang selalu mudah terbakar. Haba yang dihasilkannya pula adalah berasaskan infrared dan tiada cahaya yang dihasilkan yangmana ianya boleh membantu pertumbuhan haiwan peliharaan secara semulajadi, menggalakkan peredaran darah didalam badan dan meningkatkan tahap kesihatan serta tidak mengganggu masa tidur haiwan peliharaan tersebut selain dapat menjimatkan kos makanan dimalam hari. Ia juga mudah digunakan dengan dipasangkan pada soket lampu biasa E27. Jarak yang disyorkan antara permukaan alat pemanas dan lantai adalah sekitar 1 kaki dengan radius pemanasan melebihi 1 kaki persegi bagi lampu yang berkuasa 25watt. Jarak tersebut juga perlu dilaraskan mengikut kesesuaian saiz watt mentol, keluasan sangkar/reban, spesifikasi reban samada tertutup atau terbuka, jumlah haiwan peliharaan, radius pemanasan yang diperlukan, paras suhu yang diperlukan, keadaan cuaca, pengudaraan dan sebagainya. Mentol yang memiliki kuasa watt yang lebih tinggi akan menghasilkan suhu yang lebih tingggi dengan radius atau lingkaran kawasan pemanasan yang lebih luas. Peralatan tambahan yang disyorkan adalah thermometer untuk menyukat suhu dan hygrometer untuk menyukat tahap kelembapan udara.

Awas! Permukaan dibahagian bawah mentol tersebut adalah sangat panas. Jangan menyentuhnya dengan jari tangan anda semasa suis elektrik dihidupkan. Sebagai langkah keselamatan, mentol ini dilengkapi dengan sangkar bagi mencegah haiwan peliharaan terkena atau tersentuh pada bahagian pemanas alat tersebut. Sangkar keselamatan perlu dipasangkan dengan diklip pada songket lampu yang berkenaan.

Khidmat penghantaran menggunakan kurier disediakan keseluruh Malaysia termasuk ke Labuan, Sabah & Sarawak. Kepada yang berminat untuk memiliki alat pemanas ini bolehlah menghubungi saya ditalian 0122884211 Wady (call/whatsapp shj.).

2 comments: