Ayam Black Sumatra @ Sumatera merupakan sejenis ayam yang agak unik berbanding dengan ayam-ayam yang lain. Bulunya lembut berwarna hitam berkilat, berkaki hitam dengan taji 2 atau 3 pasang, bermuka kecil dengan pipi berwarna merah kehitaman, memiliki balung batu bersaiz kecil dan bulu lehernya seakan-akan seperti bulu burung punai mas. Karektornya juga agak berbeza daripada ayam-ayam yang lain termasuk ayam hutan kerana ayam Black Sumatra ini gemar terbang dan berlari-lari sambil melompat-lompat. Yang jantan juga agak garang dan sangat berani jika kawanannya diganggu. Walau bagaimanapun ayam jenis ini sangat jinak dengan manusia.
Kebiasaannya yang betina akan bertelur sebanyak 10 biji sepusingan dan akan mengambil masa 18 hari pengeraman sebelum telur-telur itu menetas yang mana proses pengeraman dilakukan oleh ibu ayam itu sendiri. Kesemua anak-anaknya akan berwarna putih-hitam ketika masih kecil yang seakan-akan warna burung murai dewasa. Warna putih tersebut akan menghilang tatkala ianya menginjak dewasa.
Terdapat 2 variasi bagi ayam Black Sumatra iaitu variasi bantam dan variasi standard. Variasi bantam memiliki berat sekitar 700g (+-) bagi yang jantan dan 600g (+-) bagi yang betina. Manakala variasi standard memiliki berat sekitar 2.5kg (+-) bagi yang jantan dan 1.8kg (+-) bagi yang betina.
Berkenaan dengan asal usul ayam Black Sumatra yang dikatakan berasal dari Indonesia, ianya banyak diperdebatkan oleh ramai pihak diperingkat antarabangsa bahkan di Indonesia sendiri kerana tiada bukti sejarah yang menunjukkan asal keberadaannya di Nusantara khususnya di Sumatra, Indonesia. Secara logiknya tidak ada rakyat Sumatera yang memanggil ayamnya "Ayam Sumatera" sama sepertimana orang Malaysia yang tidak ada menamakan ayamnya "Ayam Malaysia" atau "Ayam Terengganu" sebagai salahsatu spesis ayam. Ada juga andaian bahawa ayam jenis ini dihasilkan melalui kacukan beberapa spesis ayam seperti ayam Cemani, Yokohama, sabung dan beberapa spesis ayam bantam yang lain atau mungkin juga daripada burung Punai Mas, spesis burung kuang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat ianya merupakan satu spesis ayam yang asli tanpa ada sebarang kacukan.
*Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak-anak ayam Black Sumatra ini, bolehlah menghubungi saya ditalian Whatsapp berikut: wa.uniaga.com.


0 comments:
Post a Comment